Home Nasional Harga RON97 naik 1 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga RON97 naik 1 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter kepada RM3.00 seliter berkuatkuasa 30 Disember hingga 5 Januari ini.

Bagaimanapun harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal masing-masing dijual pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Tambahnya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette