Home Nasional 36 kematian akibat Covid-19

36 kematian akibat Covid-19

Petugas Unit Forensik melakukan kerja-kerja mengurus mayat yang kini ditempatkan dalam kontena khas selepas peti beku sedia ada telah penuh berikutan peningkat kes kematian Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2021 - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 36 kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam.

Dalam masa yang sama dua kematian dilaporkan sebelum dapat menerima rawatan di hospital.

Berdasarkan data yang dikongsikan COVIDNOW, sehingga kini jumlah keseluruhan kematian akibat virus berkenaan adalah 31,428 kes.

Selangor merupakan negeri tertinggi mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 12 orang.

Ia diikuti Kuala Lumpur (lima), Kelantan (empat), Perak (empat), Kedah (tiga), Negeri Sembilan (tiga), Pahang (tiga) dan Terengganu (dua).

iada kematian bagi lapan negeri iaitu Johor, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya. – MalaysiaGazette