Home Nasional Amaran hujan berterusan lebih 155 mm untuk tempoh 24 jam di Jeli,...

Amaran hujan berterusan lebih 155 mm untuk tempoh 24 jam di Jeli, Kelantan hingga esok

Sehagian orang awam berteduh dihadapan salah satu pusat membeli-belah berikutan hujan mula turun semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 OKTOBER 2019
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (bahaya) dengan hujan sangat lebat dan berterusan dijangka berlaku di Jeli, Kelantan hingga esok.
Amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.
Menurut Met Malaysia menerusi laman Fecebooknya, amaran hujan berterusan (buruk) dengan dijangka berlaku di Kelantan membabitkan Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang sehingga Sabtu ini
Selain itu, Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu dan Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang juga diramalkan senario sama bagi jangka masa yang sama.
Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh 6 jam.
Sementara itu, jabatan tersebut mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) dengan hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin), Johor sehingga Sabtu ini.
Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.
Selain itu, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah membabitkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Ahad ini. – Malaysiagazette