PEKAN – Sebanyak 538 bersamaan 94 peratus menara pemancar telekomunikasi yang yang terjejas akibat banjir di Pahang berjaya diaktifkan semula oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, jumlah itu sebahagian daripada kesemua 571 struktur menara pemancar yang dikendalikan enam syarikat yang dilaporkan terjejas.
Tambah beliau, menara pemancar yang rosak telah berjaya diaktifkan dengan kerjasama kerajaan negeri serta syarikat telekomunikasi berkaitan mendapat kerjasama daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Bagi lokasi yang tenggelam, pihak telco telah berjaya mengambil tindakan pantas menggantikan peralatan elektronik yang rosak dengan yang baru serta menghantar genset sebagai bekalan tenaga elektrik sementara.
“Kakitangan SKMM, TNB, syarikat Telco dan pejabat Daerah telah bekerja hingga ke malam bagi menyelesaikan masalah ini bagi memastikan sistem komunikasi dapat diaktifkan dengan segera untuk kepentingan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
JFakharudin berharap berharap semua penduduk yang mengalami gangguan komunikasi agar bersabar dan memahami kerja-kerja yang sedang dilaksanakan Kerajaan Pahang dan pihak SKMM.
Dalam perkembangan lain, sehingga kini, seramai 973 mangsa banjir ditempatkan di 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkankan 322 keluarga sehingga petang ini.- MalaysiaGazette