Home Nasional Tiada sambutan ambang tahun baharu tapi KL tetap sesak

Tiada sambutan ambang tahun baharu tapi KL tetap sesak

Orang awam dilihat memenuhi kawasan pusat beli-belah terkenal di Bukit Bintang, Kuala Lumpur menjelang ambang Tahun Baharu 2022. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 31 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Walaupun tiada sebarang sambutan ambang Tahun Baharu 2022 dibenarkan malam ini namun warga kota dilihat masih berpusu-pusu memenuhi pusat bandar raya.

Anggota Polis bertugas bagi mengawal pengerakan orang ramai di sekitar Pavillion ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan tiada sambutan tahun baru dibenarkan di Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 31 DISEMBER 2021.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, kebanyakan jalan utama menuju ke lokasi tumpuan seperti Dataran Merdeka, pusat beli-belah Pavilion, Bukit Bintang serta KLCC sesak dengan kenderaan seperti biasa.

Selain itu, jalan masuk ke Dataran Merdeka ditutup di kedua-dua arah dengan dikawal anggota polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Anggota Polis bertugas bagi mengawal pengerakan orang ramai di sekitar Pavillion ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan tiada sambutan tahun baru dibenarkan di Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 31 DISEMBER 2021.

Namun masih terdapat segelintir orang awam dilihat berjalan kaki memasuki kawasan berkenaan.

Walaupun hujan renyai-renyai namun warga kota tetap keluar menghabiskan masa menjelang cuti kelepasan am esok.

Sementara itu, jalan menuju ke Bukit Bintang juga sesak hingga kira-kira dua kilometer bermula dari Jalan Pudu dengan aplikasi navigasi Waze memaparkan berlaku lebih 30 minit kelewatan.

Orang awam mengambil untuk beriadah menjelang tahun baru di sekitar Pavillion ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan tiada sambutan tahun baru dibenarkan di Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 31 DISEMBER 2021.

Terdahulu media melaporkan, Polis Diraja Malaysia tidak meluluskan sebarang permit penganjuran sambutan Tahun Baharu 2022 di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, ia bagi mengelak risiko penularan Covid-19 dalam komuniti. – MalaysiaGazette