RIO de JANEIRO – Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dalam pertempuran 14 jam di penjara Brazil pada Sabtu lalu.
Jumlah kematian dijangka bertambah, menurut sumber polis.
Dalam pergaduhan yang berlaku di Penjara Alcacuz berlaku akibat pergaduhan dalam beberapa kumpulan menyebabkan ada mangsa yang dipancung.
“Kami menjumpai tiga kepala yang dipancung, kata penyelaras penjara, Zemilton Silva.
Pasukan forensik pula memberitahu, kebanyakan mangsa dipancung dan anggota badan ditetak dan dibuang di dalam longkang.
Setakat ini belum dipastikan jika ada kakitangan penjara atau polis yang cedera dalam kejadian itu.
Rusuhan itu dipercayai bermula apabila ahli-ahli kumpulan jenayah yang berkuasa Brazil menyerang pesaing mereka, yang ditempatkan di sayap bangunan yang berasingan.
Rakaman video dari tempat kejadian menunjukkan banduan berkeliaran di bumbung penjara dan asap berkepul-kepul daripada salah sebuah bangunan.
Media-media tempatan melaporkan, banduan-banduan telah memotong bekalan elektrik di lokasi sebelum memulakan rusuhan.
Seorang banduan berjaya melarikan diri tetapi ditahan semula.
Penjara Alcacuz dibina bagi memuatkan 620 orang banduan tetapi kini mempunyai lebih daripada 1,000 banduan. – MalaysiaGazette