LONDON – Gol pada minit kecederaan terakhir Rodri menyaksikan Manchester City berjaya mengecewakan pasukan Gunners yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam aksi penuh dramatik Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.
Keputusan agak dramatik di Stadium Emirates itu menyaksikan the Citizens kendalian Pep Guardiola melebarkan jarak dengan 11 mata daripada pesaing terdekatnya dalam carta EPL.
Chelsea yang akan menerima kunjungan Liverpool ke Stamford Bridge malam Ahad dijangka memendekkan jurang mata tersebut dengan Man City dengan merekodkan kemenangan ke atas pengunjung tanpa pengurus yang disahkan positif Covid-19.
Dalam aksi dramatik malam Sabtu, The Gunners yang turun tanpa pengurusnya Mikel Arteta yang disahkan positif Covid-19 kali kedua tahun ini mengejutkan pendahulu liga itu dengan gol pada minit ke-31 menerusi Bukayo Saka.
Bagaimanapun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Man City berjaya bangkit menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-57 menerusi sepakan penalti secara kontroversi.
Riyad Mahrez menyempurnakanm gol tersebut selepas Bernardo Silva dijatuhkan oleh Granit Xhaka yang mencetuskan kontroversi dan keputusan pengadil menghadiahkan penalti mengejutkan semua pihak termasuk pengulas sukan.
Arsenal juga kecewa selepas tuntutan penalti selepas Ederson menjatuhkan Martin Odegaard dinafikan oleh pengadil Stuart Attwell.
Arsenal terus ditimpa malang apabila seminit selepas membolos gol penalti, Gabriel telah dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua kerana mengkasari Gabriel Jesus.
Selepas mengharungi 20 perlawanan Arsenal kekal di tangga keempat dengan 35 mata. – BBC Sport.