Home Dunia Maut di rumah hantu

Maut di rumah hantu

Ocean Park, Hong Kong

HONG KONG – Seorang lelaki berusia 21 tahun meninggal dunia selepas dilaporkan terkejut dengan objek mekanikal ketika berada di rumah berhantu di Ocean Park, Hong Kong.

Lelaki itu, yang dikenal pasti sebagai Cheung itu didakwa tidak sedar diri selama lima minit selepas memasuki laluan Buried Alive di Ocean Park.

Dia kemudian disahkan meninggal dunia di hospital, kata polis.

Ocean Park berkata, mangsa telah ‘mengembara’ ke kawasan yang terhad yang mana tempat itu menempatkan keranda.

Tempat itu adalah sebahagian acara dalam Festival Halloween tahunan taman hiburan, yang menjanjikan pengunjung “pengalaman dikebumikan secara hidup, sebelum berlawan untuk jalan keluar dari kubur gelap,” menurut laman web Ocean Park.

Cheung merupakan antara kumpulan pelawat yang awal untuk menyaksikan pengalaman festival Halloween yang bermula 5 Oktober ini.

Polis berkata, siasatan sedang dijalankan dan pertunjukkan itu ditutup sementara. – MalaysiaGazette