PORT LOUIS – Kakitangan lapangan terbang di Mauritius menemui seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan terbiar di dalam tong sampah tandas pesawat.
Seorang wanita berusia 20 tahun dari Madagascar, disyaki bersalin dalam penerbangan telah ditahan.
Insiden itu disedari semasa pesawat Air Mauritius, yang tiba dari Madagascar, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sir Seewoosagur Ramgoolam pada 1 Januari lalu.
Pegawai lapangan terbang menemui bayi itu semasa lakukan pemeriksaan rutin kastam.
Mereka bergegas membawa bayi itu ke hospital awam untuk rawatan.
Wanita yang disyaki ibu kanak-kanak itu, yang pada mulanya menafikan budak itu adalah miliknya.
Namun, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, dia disahkan baru melahirkan anak.
Wanita itu kini diletakkan di bawah pengawasan polis di hospital.
Kedua-dua dia dan bayi itu dalam keadaan sihat.
Wanita itu baru tiba di Mauritius dengan permit kerja dua tahun akan disoal siasat selepas keluar dari hospital dan didakwa meninggalkan bayi yang baru lahir. – BBC