Home Dunia Aplikasi ‘lelong dan jual’ wanita Muslim dalam talian ditutup

Aplikasi ‘lelong dan jual’ wanita Muslim dalam talian ditutup

Getty Images

DELHI – Polis di dua negeri di India telah mendaftarkan kes dan memulakan siasatan ke atas sebuah aplikasi dalam talian yang berkongsi gambar-gambar milik lebih 100 wanita Muslim untuk dijual dalam talian.

Siasatan itu juga membabitkan individu yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi itu dan pengendali akaun Twitter yang berkongsi serta menularkan gambar-gambar wanita musim serta isi kandungannya.

Sebuah aplikasi berkaitan iaitu Bulli Bai yang beroperasi dalam platform web GitHub akhirnya telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Ini merupakan percubaan kali kedua dalam tempoh sebulan penindasan berlaku ke atas wanita Musim di India dengan melelong mereka dalam talian.

Pada Julai lalu, sebuah aplikasi dan laman web bernama Sulli Deals menghasilkan profil membabitkan lebih 80 wanita muslim di negara ini menggunakan gambar-gambar mereka dengan kapsyen ‘tawaran terbaik harian’ dalam lelongan atas talian.

Dalam kedua-dua kes berkenaan sebenarnya tidak berlaku sebarang lelongan atau jualan seperti yang digembar-gemburkan.

Sebaliknya, ia dicetuskan dengan sengaja untuk memalu serta menghina wanita Muslim dengan menular gambar peribadi mereka dalam internet.

Wartawan Ismat Ara yang turut tular nama dan gambarnya dalam aplikasi Bulli Bai terbabit telah membuat laporan polis minggu lalu di New Delhi.

Polis Mumbai juga memfailkan kes kedua ke atas beberapa pengendali Twitter dan juga pembangun aplikasi berdasarkan aduan yang diterima daripada seorang lagi wanita Muslim ke atas senarai Bulli Bai.

Dalam senarai tular itu, nama dan wajah beberapa wartawan wanita Muslim, aktivis masyarakat dan juga artis terkenal Bollywood dan juga emak kepada seorang pelajar universiti yang hilang secara misteri sejak 2016.

Ramai wanita Muslim yang menjadi mangsa akibat perbuatan aplikasi Bulli Bai itu mengalami trauma dan takut akan kehidupan mereka.

Polis sehingga kini dikatakan gagal membuat sebarang tangkapan membabitkan kes tersebut.

“Amat mengecewakan apabila sekumpulan puak mencetuskan kebencian terhadap wanita Muslim terus berlaku tanpa takut,” dakwa Asra kepada Al-Jazeera.

Menteri Teknologi dan Maklumat Ashwini Vaishnaw pada Sabtu berkata, laman GitHub telah menyekat penggunanya yang memuat turun aplikasi tersebut dan polis mengkoordinasikan agensi siber untuk tindakan selanjutnya.- BBC News