Home Nasional Covid-19: Sebanyak 2,842 kes hari ini

Covid-19: Sebanyak 2,842 kes hari ini

Covid-19 cases
Kes positif Covid-19 yang direkodkan hari ini sebanyak 3,010 kes.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,842 kes positif Covid-19 terbaharu direkodkan hari ini.

Bilangan kes terkini ini meningkat sebanyak 152 berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan ini menjadikan jumlah terkumpul jangkitan virus berkenaan sebanyak 2,769,886 kes.

Semalam, kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) yang direkodkan semalam bagi seluruh negara adalab 0.99.

Untuk rekod, sebanyak 2,690 kes positif baharu dilaporkan semalam, selain kes sembuh yang terus mengatasi jumlah jangkitan iaitu 3,535.-MalaysiaGazette