Home Nasional 18 kes kematian Covid-19

18 kes kematian Covid-19

Petugas Unit Forensik membawa masuk mayat ke dalam kontena kadaverik 'freezer' berikutan peningkatan kes kematian Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 kes kematian akibat Covid-19 semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, tiga kes kematian berlaku di luar kemudahan hospital.

Jumlah terbaharu itu menjadikan angka kematian terkumpul kematian menjadi 31,609 kes.

Menurutnya, sebanyak tiga kes kematian dilaporkan di Selangor, Perak dan Pahang, diikuti Kuala Lumpur, Melaka dan Kedah masing-masing dua kes kematian.

Satu kes kematian lagi direkodkan di Terengganu, Kelantan dan Sabah.

Tiada kes kematian dilaporkan di Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Labuan.

Kes aktif yang direkodkan setakat malam tadi adalah sebanyak 39,739 termasuk 257 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 137 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette