KUALA LUMPUR – Pelakon, Scha Elinnea mendedahkan dirinya mengalami ketakutan dan sehingga kini masih lagi mendapatkan rawatan daripada doktor.
Scha berkata, masalah berkenaan ternyata memberi kesan kepada kehidupannya termasuk berhadapan dengan insomnia.
Disebbakan itu, dia memerlukan teman untuk tidur kerana sering ketakutan dan tidak selesa.
“Memang saya tak boleh duduk seorang, malam sampai susah nak tidur seorang diri kerana akan timbul perasaan takut dan rasa tak selesa. Dulu pernah saya tidur pukul 8 pagi sebab berseorangan di rumah.
“Ia bukanlah disebabkan saya takut hantu, cuma memang sukar nak tidur apabila seorang diri. Biasanya, saya ajak kawan baik atau pembantu peribadi datang rumah untuk temankan saya tidur,” katanya semasa sidang media program realiti terbaharu semalam.
Mengulas lanjut, Scha berkata, dia sudah lama mengalami anxiety.
Penyakitnya itu menjadi semakin buruk semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Sejak itu saya mula sedar kesihatan mental juga perlu diberi perhatian dan sebab itulah saya terbuka bercerita supaya mereka yang menderita berpeluang untuk berkongsi tentang penyakit ini,” tambahnya.- MalaysiaGazette