Home Seni Hidup Azwan Kombos dan Ezzaty menanti kelahiran anak kedua

Azwan Kombos dan Ezzaty menanti kelahiran anak kedua

KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon Azwan Kombos dan isterinya Ezzaty Abdullah bakal menimang cahaya mata kedua.

Berita itu dikongsikan di Instagram baru-baru ini.

Katanya, isteri dia sedang hamil lapan bulan.

“Dah lama nak share berita gembira ni, tapi disebabkan aktiviti dan kehidupan seharian kami, macam rasa tak sempat-sempat nak fikir masa yang sesuai.

“Doakan yang terbaik buat bayi dalam kandungan ya,” katanya.

Pasangan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Harum Dahlia dan kini berusia empat tahun. –  MalaysiaGazette