KUALA LUMPUR – Kaum wanita dan kanak-kanak di zon konflik yang terkesan secara psikologi perlu diberi perhatian serius.
Ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Seri Syed Hussien Abdul Kadir Al-Habshee berkata, perkara itu perlu dicari jalan penyelesaian.
“Bagaimana kita dapat membantu mereka dari segi psikologi kerana mereka menanggung kesusahan dan kepayahan di zon konflik.
“Kehidupan mereka di kem-kem pelarian sangat menyedihkan,” ujarnya semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Pertama Inisiatif ke Arah Pembangunan Keamanan 2017 di sini hari ini.
Hadir sama Rektor UIAM, Prof. Datuk Sri Dr. Zaleha Kamarudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia (IRM), Zairul Shahrudin Zainal Abidin.
UIAM dengan kerjasama IRM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menganjurkan persidangan antarabangsa pertama itu sebagai inisiatif kearah pembangunan keamanan 2017.
Temana ialah kesejahteraan kesihatan mental dan psikologi wanita dan kanak-kanak yang terlibat didalam konflik dan krisis kemanusiaan.
Menurut Syed Hussein, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa kepada keadaan konflik yang sangat dashyat dimana mereka menjadi mangsa-mangsa tekanan di zon perang.
“Kita perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu kaum wanita dan kanak-kanak di zon konflik seperti di Syria, Rakhine, Palestin dan banyak lagi.
“Untuk itu, suara ini perlu di bawa ke hadapan supaya nasib mereka yang menjadi mangsa perlu diberi perhatian oleh masyarakat dunia,” ujarnya lagi.
Oleh itu, katanya, persidangan itu mencari solusi dalam membantu mereka yang menjadi mangsa.
Pada persidangan yang pertama diadakan itu dapat menghimpunkan para pemikir, badan-badan organisasi bukan kerajaan dari Turki, Selatan Filipina, Rohingya dan beberapa lagi NGO di rantau ini.
Para peserta akan membentangkan kertas kerja daripada segi keselamatan, perundangan, psikologi dan banyak lagi.
Turut diadakan mesyuarat pakar-pakar bersama NGO untuk mencapai satu kesepakatan yang boleh di bawa ke badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam. – MalaysiaGazette