SHAH ALAM – Lebih RM39 juta Bantuan Wang Ihsan (BWI) telah diagihkan kepada mangsa banjir di seluruh negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid.
Beliau berkata setiap penerima dimaklumkan tarikh dan tempat janji temu bagi pemberian bantuan tersebut.
“Bantuan ini kita serahkan setiap hari, malah jika ada yang tidak hadir ke pusat pemberian bantuan, kami akan pergi cari mereka,” katanya kepada media ketika meninjau proses pemberian BWI di Balai Raya Kampung Lombong di sini, hari ini.
“Sebelum ini, kita telah mengagihkan bantuan itu kepada lebih 90 keluarga dan fasa pemberian seterusnya akan dibuat di Dewan Azalea (Taman Sri Muda) pada Isnin ini dan 17 Jan,” katanya.
Menurutnya sehingga semalam, 2,304 ketua isi rumah telah menerima bantuan tunai daripada kerajaan negeri dan Persekutuan berjumlah RM2,000 seorang.
— BERNAMA