Home Dunia Singapura kenakan caj jalan raya kepada kereta asing bermula 15 Feb.

Singapura kenakan caj jalan raya kepada kereta asing bermula 15 Feb.

Kelonggaran demi kelonggaran diberikan kerajaan Malaysia untuk memudahkan kemasukan warga Singapura dan Brunei sepanjang pelaksanaan PKPP.- Gambar hiasan.

SINGAPURA – Semua kereta yang berdaftar di luar Singapura perlu membayar Caj Jalan Raya Salingan (Reciprocal Road Charge – RRC) sebanyak S$6.40 setiap kali memasuki negara itu di pusat pemeriksaan Tuas atau Woodlands bermula 15 Februari ini, menurut Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) Singapura.

Pelaksaan caj tersebut susulan daripada pelaksanaan caj jalan raya yang dikenakan Malaysia sebanyak RM20 sekali masuk kepada kereta yang tidak didaftarkan di Malaysia yang masuk menerusi Johor berkuatkuasa 1 November lalu.

Bayaran tersebut akan dipungut bersama-sama dengan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP), bayaran tol dan fi Sistem Elektronik Kadar Jalan (Electronic Road Pricing – ERP) ketika pemandu meninggalkan pusat pemeriksaan Tuas atau Woodlands.

Papan tanda telah dipasang bagi mengingatkan pemandu untuk membayar caj yang dikenakan itu dengan memasukkan Kad Autopass atau CashCard ke dalam pembaca kad di pusat memeriksaan imigresen.

LTA telah mengenakan hukuman lebih keras terhadap pemandu yang mengelak membayar tol, fi dan caj yabg dikenakan sejak 1 Ogos 2016.

Bagi kesalahan pertama mereka perlu membayar penalti S$50 manakalan kesalahan yang berulang dikenakan penalti sebanyak S$100.

Pemandu yang tidak melakukan bayaran tersebut akan didakwa di mahkamah dan berhadapan dengan saman tidak melebihi S$1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan untuk kesalahan pertama. – The Straits Times