Home Sukan Jamie Vardy berehat dua bulan

Jamie Vardy berehat dua bulan

Jamie Vardy. Foto DailyMail.

LONDON – Malang berganda menimpa Leicester City apa kehilangan khidmat penyerang dan penjaring terbanyak, Jamie Vardy sekurang-kurangnya lapan minggu akibat kecederaan hamstring, lapor laman web kelab itu.

Pengendalinya, Brendan Rodgers berkata, walaupun Vardy tidak perlu menjalani pembedahan namun kecederannya lebih serius daripada jangkaan awal.

Sebelum ini, Leicester juga terpaksa melupakan khidmat bek tengah Jonny Evans yang juga akan berehat sehingga April ini selepas menjalani pembedahan akibat masalah hamstring.

“Kami akan kehilangan Jamie sehingga lapan minggu dan ia malang buat kami.

“Kecederaannya di bahagian paling atas hamstring, mungkin sehingga Mac. Dia tidak memerlukan pembedahan dan itu satu-satunya berita baik,” kata Rodgers pada sidang media menjelang permulaan kempen mempertahankan Piala FA menentang Watford di laman sendiri malam ini.

Ketika ini pemain 34 tahun itu meledak sembilan gol Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan bermain penuh 90 minit dalam kemenangan 1-0 ke atas Liverpool di laman sendiri.

Leicester kini di tangga ke-10 liga pada 25 mata daripada 18 perlawanan. – MalaysiaGazette