PYONGYANG – Korea Utara akan meluaskan lagi program nuklearnya jika sekatan berterusan dikenakan terhadap negara itu.
Dalam satu kenyataan tegas, Pyong berkata, penetapan sekatan baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan perbuatan permusuhan paling kejam, tidak beretika dan tidak berperikemanusiaan.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat dan China komited untuk “memaksimumkan tekanan” ke atas Korea Utara melalui penguatkuasaan resolusi PBB.
Sekatan lebih ketara terhadap Korea Utara diusulkan selepas negara itu melancarkan peluru berpandu yang merentasi Jepun pada Jumaat lalu.
Peluru berpandu yang bergerak sejauh 3,700 kilometer, didakwa menghampiri sasaran Korea Utara untuk membedil wilayah Amerika Syarikat di Guam.
Pelancaran peluru berpandu itu dilakukan susulan sekatan berterusan oleh PBB yang mengutuk tindakan Korea Utara yang menyifatkan sangat provokatif.
Kenyataan Kementerian Luar yang dilaporkan oleh agensi berita KCNA sebagai berkata: “Peningkatan gerakan Amerika Syarikat dan sekutunya yang memaksa sekatan dan tekanan terhadap Korea Utara hanya akan meningkatkan kepantasan kami ini ke arah penyelesaian pasukan nuklear negara”.
Ia juga mengatakan bahawa matlamat sekatan PBB yang baharu diluluskan pada 11 September lalu adalah “membasmi secara fizikal” rakyat, sistem dan kerajaan. – MalaysiaGazette