LONDON – Bintang Perancis menafikan laporan tular kononnya dia telah ditawarkan kontrak baharu lumayan bernilai £500,000 seminggu daripada Manchester United untuk terus kekal di Old Trafford.
Penafian itu sekaligus menidakkan dakwaan akhbar tabloid pada Jumaat yang menulis bahawa the Red Devils sedia menjadikan Pogba pemain bergaji tinggi di Old Trafford dengan kontrak lebih lumayan.
The Red Devils telah meletakka tawaran sambung kontrak kepada Pogba sejak Julai lalu namun pemain berkenaan masih belum mempertimbangkannya dengan kontraknya bakal tamat Jun tahun ini.
Justeru jurucakap pemain itu juga dalam kenyataan terkini kepada Sportsmail menafikan cadangan menerima tawaran penyambungan kontrak daripada United.
Kenyataan itu berbunyi:”Bagi menjelaskan perkara sebenar tentang laporan media, Pogba tidak ditawarkan kontrak baharu oleh kelab. Dia sedang berfokus untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan dengan misi mahu membantu pasukan secepat mungkin.”
Pogba berada dalam tahun terakhir kontraknya dan bebas berunding dengan mana-mana kelab yang menagih khidmatnya kelak mengenai pra-perjanjian.
Sekiranya kelab dan Pogba gagal mencapai sebarang persetujuan membabitkan sambung kontrak, Theatre of Dreams akan kehilangan Pogba tanpa sebarang bayaran untuk kali kedua dalam kariernya.
Pemain berusia 28 tahun itu kembali ke Old Trafford dengan rekod perpindahan £89 juta pada 2016 dan berjaya menjaringkan 38 gol dalam 212 penampilan setakat ini.
Pogba dikiatkan kuat dengan beberapa kelab gergasi Eropah termasuk bekas kelabnya Juventus selain PSG sementara Real Madrid juga mempunyai hasrat mendapatkan pemain itu.-Dailymail.com