Home Nasional Met Malaysia: Hujan berterusan di 10 kawasan

Met Malaysia: Hujan berterusan di 10 kawasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)  mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di 10 kawasan selama empat hari.

Hujan berterusan itu dijangka bermula dari hari Selasa sehingga Khamis depan. 

Menurut Met Malaysia, hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak. 

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit).

“Juga di Bintulu (Tatau) dalam tempoh Selasa, 11 Januari 2022 sehingga Khamis, 13 Januari 2022.

“Amaran hujan berterusan (kategori waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan, ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” katanya dalam laman rasmi Facebook Met Malaysia hari ini. -MalaysiaGazette