Home Nasional Tun Mahathir selamat jalani prosedur perubatan elektif di IJN

Tun Mahathir selamat jalani prosedur perubatan elektif di IJN

Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan selamat menjalani prosedur perubatan elektif yang dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam satu kenyataan, IJN berkata prosedur yang dibuat semalam itu berjalan lancar.

“Prosedur ini berjalan lancar dan berjalan seperti yang dirancang. Tun Dr Mahathir Mohammad kini dalam keadaan sihat. Beliau juga sudah sedar dari prosedur itu,” jelas IJN.

Berdasarkan kepada situasi terkini Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu, beliau akan keluar dari wad dalam beberapa hari lagi.

Artikel berkaitan:

Buat masa ini, Mahathir masih tidak dibenarkan menerima sebarang pelawat.

“Mahathir dan Tun Siti Hasmah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas semua kesejahteraan, kebimbangan dan doa daripada orang ramai,” jelas IJN lagi.

Jumaat lalu, IJN memaklumkan Mahathir telah dimasukkan ke institut itu buat kali kedua bagi melakukan prosedur perubatan elektif.

Kali terakhir Mahathir dimasukkan ke IJN adalah pada 16 Disember lalu untuk menjalani pemeriksaan dan dibenarkan pulang pada 26 Disember lalu. – MalaysiaGazette

Tun Mahathir dimasukkan semula ke IJN