Home Politik Kalau nak lantik TPM, pilih calon dari UMNO – Puad

Kalau nak lantik TPM, pilih calon dari UMNO – Puad

Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu ada sebuah Kabinet yang beliau ada kuasa perintah (command).

Lantaran itu, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, jika Ismail Sabri mahu melantik timbalan perdana menteri (TPM) calonnya mesti dari UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, jika jawatan TPM itu daripada parti lain, takut ada ‘dua nakhoda dalam satu kapal.’

“Dia tutup pintu depan, orang lain buka pintu belakang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau, melantik TPM adalah prerogatif seorang perdana menteri.

Sebab itu, ujarnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melantik TPM dalam kalangan UMNO walaupun majoriti menteri UMNO ketika itu bukan ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Namun, Puad berkata, Ismail Sabri perlu Kabinet yang ada kerja berpasukan.

”Kerajaan tersepit kerana majoriti lemah tetapi jangan tambah lemah kerana ikut cakap orang lain,” ujarnya sambil mencadangkan perdana menteri melakukan rombakan Kabinet atau mendapatkan mandat baharu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. FUAD INI TERSUNGKUR PADA CIKGU IDRIS JUSI PRU 13 KERANA KESOMBONGAN DAN PENGANIAYAAN PADA GURU2 DI BATU PAHAT…..CARI PUBLISITI UTK DIRI NYA DI ANGKAT JADI ORANG KABINET

Comments are closed.