Enam pemuda termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang pemandu e-hailing dalam kejadian di tempat letak kenderaan sebuah pusat hiburan di Kepong pada 28 Disember lalu.
Teng Cheng Heng, 22; Chew Jun Seng, 22; Yohannes Isaac Anak Luwang, 21; Ng Zhang Jing, 24; Ng Zhang Le, 20 dan Won Kok Wei, 20, mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.