Home Nasional Upacara kavadi tidak dibenarkan bagi perayaan Thaipusam tahun ini – Halimah

Upacara kavadi tidak dibenarkan bagi perayaan Thaipusam tahun ini – Halimah

Upacara 'paal koodam' atau menjunjung belanga mengandungi susu, aktiviti sembahyang serta perjalanan pedati, dibenarkan tanpa melibatkan acara ‘kavadi’ bagi perayaan Thaipusam kali ini dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Upacara ‘paal koodam’ atau menjunjung belanga mengandungi susu, aktiviti sembahyang serta perjalanan pedati, dibenarkan tanpa melibatkan acara ‘kavadi’ bagi perayaan Thaipusam kali ini dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata ‘paal koodam’ dibenarkan bermula Jumaat ini (14 Jan) hingga 19 Jan dengan penetapan jumlah kehadiran yang berbeza mengikut kuil.

“Setiap sesi adalah selama 30 minit dan diikuti kerja-kerja sanitasi selepas itu. Bagi Kuil Sri Subramaniar Swamy Temple Batu Caves, Selangor jumlah untuk paal koodam tidak melebihi 100 orang.

“Bagi Kuil Arulmigu Balathandayuthabani dan Kuil Nagarathar Thandayuthapani GeorgeTown, Pulau Pinang; Kuil Ipoh Hindu Devastanam Paripalana Sabah, Perak dan Kuil Sri Subramaniyar Thevasthana Paripalana Sabah, Sungai Siput, Perak, tidak melebihi 50 orang,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Halimah berkata bagi kuil selain daripada lima kuil itu, jumlah orang terlibat untuk ‘paal koodam’ tidak melebihi 30 orang.- BERNAMA