NEW YORK – Toys ‘R’ Us memfailkan perlindungan bankrap di Australia dan Kanada kerana syarikat itu cuba menyusun semula hutangnya.
Peruncit syarikat permainan itu pernah menjadi pemain dominan di pasaran mainan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun ia menghadapi persaingan lebih besar dengan Amazon, Walmart dan Target.
Langkah ini bertujuan menyelamatkan masa depan hampir 1,600 cawangan dan 64,000 pekerja syarikat tersebut.
Operasi firma di Australia dan Eropah dan usaha sama di Asia tidak terlibat dalam proses kebankrapan itu.
Fail kebankrapan itu mempunyai lebih banyak bukti bahawa Toys ‘R’ Us sedang bergelut dalam pasaran Amerika Syarikat kerana bersaing dengan peruncit Online yang terus menguasai pasaran.
GlobalData Retail menganggarkan kira-kira 13.7 peratus daripada semua jualan mainan pada 2016 adalah melalui dalam talian, meningkat daripada 6.5 peratus lima tahun yang lalu.
Toy ‘R’ Us berkata, majoriti cawangannya di seluruh dunia masih kekal untung dan terus beroperasi secara normal. – MalaysiaGazette