Home Eksklusif ADUN Perak, dua anggota polis antara ditahan positif dadah

ADUN Perak, dua anggota polis antara ditahan positif dadah

PDRM
Penyamun maut terkena sabit sendiri.- Gambar hiasan.

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak susulan positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Perai Jaya di sini, semalam.

Serbuan jam 11.45 malam itu dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

MalaysiaGazette difahamkan, selain ADUN berusia 54 tahun itu pihak polis turut menahan dua anggota polis masing-masing dari Kontinjen Pulau Pinang serta Perak selepas didapati positif dadah.

Difahamkan, anggota dari Kontinjen Perak itu berstatus tahan kerja sejak tahun 2020.

Secara keseluruhan 48 individu berusia lingkungan 21 hingga 70 ditahan dalam serbuan berkenaan dan daripada tangkapan itu 36 individu berkaitan kes narkotik manakala 12 lagi kes jenayah.

Azri Ahmad

Sementara itu, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan tangkapan ADUN tersebut. – MalaysiaGazette