KUALA LUMPUR – Syarikat Wawawien menerusi rangkaian jenama Wawawien Beaute menyasarkan jualan sebanyak RM20 juta tahun ini menerusi pengenalan produk baharunya iaitu Vitamin C Gebu Glow.
Ketua Pegawai Operasi syarikat itu, Maizatulnazwa Mohd. Zulkifli berkata, sasaran itu mampu direalisasi selepas pihaknya melantik aktres terkenal, Fasha Sandha sebagai duta produk.
Beliau berkata, jenama itu mula berada di pasaran pada September tahun lalu dalam usaga mencabar diri syarikat meneroka pasaran dunia kecantikan.
“Sejak September lalu, lahir rangkaian produk tunggal berasaskan vitamin C dipanggil Gebu Glow dan diharap pelantikan duta Fasha akan terus memberi nilai tambah kepada kami.
“Pemilihan Fasha seiring pengaruh, populariti dan statusnya sebagai ibu yang masih menjaga kecantikan dan memenuhi tanggungjawabnya sebagai isteri serta ibu.
“Ikutkan kami lebih selesa guna terma pengguna setia berbanding duta kerana Fasha bermula daripada mencuba produk itu secara ulasan di Instagram.
“Dia sendiri menggunakan produk itu secara konsisten dan memuji semangat kami untuk bantu golongan suri rumah dan ibu. Dia sendiri bergelar ibu dan tahu bagaimana kesusahan golongan ibu di era pandemik Covid-19 selainmenyokong visi dan misi kami,” katanya yang mesra dengan panggilan Wawa.
Pelantikan Fasha yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu diumumkan dalam satu majlis bertemakan drama Emily In Paris di sini hari ini.
Serentak dengan pengumumannya sebagai duta hari ini, Wawawien Beaute memperkenalkan set edisi terhad, Fasha Box Gebu Glow yang menggabungkan perisa kegemarannya blackcurrant dan strawberi dalam satu sachet.
Apa yang menarik, hanya 25,000 kotak sahaja dikeluarkan di mana sekotak yang mengandungi 10 sachet RM29.90 dan boleh beli menerusi agen sah di tanda pagar #GGboss.
Sementara itu, Wawawien yang diusahakan Wawa, 34, dengan adiknya, Nurul Nazwin Mohd Zulkifli (Awien), 29, merupakan syarikat milik 100 peratus bumiputera yang ditubuhkan Ogos 2015.
Bermula dengan status enterprise, syarikat itu bertukar Sdn Bhd sejak 20 Julai 2020.
Mengulas lanjut, Wawa menambah, mereka berdua telah melalui pelbagai fasa dalam lumrah dalam hidup yang ada turun naik sebelum menceburi bidang perniagaan.
“Saya dan adik bekerja sebagai pramugari asalnya. Selepas berhenti kami bergelut meneruskan hidup sebagai manusia, isteri dan ibu.
“Kami memulakan perniagaan menjual 200 helai tudung dari rumah bermodalkan duit simpanan sekitar RM2,000 hingga tercetus Wawawien Collection. Masa tahun 2017 pernah rasa putus asa dan nak makan gaji dapat pendapatan bulanan. Namun kami tidak mengalah,” katanya.
Tambah Wawa lagi, syarikat menggunakan pendekatan modul ‘business to business’ dengan menyediakan platform latihan dan pembangunan kerjaya untuk agen.
Hingga kini kata beliau, sudah terdapat lebih 2,500 agen berdaftar di seluruh negeri.
“Niat kami nak bantu mereka yang hidup susah termasuk golongan suri rumah atau bekerjaya menjana pendapatan. Kami pernah susah, jadi kami mahu sama sama senang dengan lain dengan hanya buat duit dari rumah.
“Kami sasar RM20 juta jualan tahun ini dan 1,000 usahawan berjaya. Kami seperti pengedar yang mencari agen. Jadi jangan segan dekati kami
“Jadi agen dengan modal permulaan RM299 sahahaja dan keuntungan boleh meningkat hingga 40 peratus,” katanya.
Sementara itu, Awien selaku Ketua Pegawai Eksekutif pula menambah, minat dan obses dia dan kakaknya terhadap dunia kecantikan antara mendorong kelahiran produk berasaskan vitamin C itu.
Mereka katanya, mahu mendidik bahawa memiliki kulit sihat adalah lebih utama berbanding memutihkannya.
“Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Kami sendiri jenis suka makan suplemen untuk jaga kecantikan dan kesihatan diri.
“Saya dan kakak sendiri berkahwin di usia muda. Saya kahwin di usia 21 tahun. Cuma selalu orang akan skeptikal yang vitamin C menambah selera makan sedang hakikatnya tak.
“Cuma kami ini spesis tak suka makan ubat dalam bentuk tablet. Sebab itu ia dikeluarkan dalam bentuk serbuk. Ia juga meningkatkan imunisasi badan dan mencantikkan kulit sihat. Ia jauh sekali untuk memutihkan kulit. Ibu mengandung dan budak dari umur tujuh tahun pun selamat nak guna,” katanya.
Dalam pada itu, sejak 13 Januari lalu, sebanyak 50 papan tanda besar atau billboard wajah Fasha dinaikkan di sepanjang lebuh raya di seluruh negara
Untuk maklum lanjut jenama yang beribu pejabat di Setia Alam boleh layari di Instagram: @wawawienbeaute atau talian 0162420884. – MalaysiaGazette