Home Nasional Warga Myanmar memiliki senjata buatan sendiri ditahan

Warga Myanmar memiliki senjata buatan sendiri ditahan

Seorang warga Myanmar berusia 59 tahun ditahan setelah polis kerana memiliki senjata buatan sendiri di stor rumahnya di Gambang semalam.

KUANTAN – Seorang warga Myanmar berusia 59 tahun ditahan setelah polis kerana memiliki senjata buatan sendiri di stor rumahnya di Gambang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommsioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati suspek yang juga seorang penternak lembu itu memiliki senapang tersebut untuk tujuan memburu.

Menurutnya, pada mulanya, pihaknya mendapati tidak ada barang yang menyalahi undang-undang di kediamannya namun menjumpai senjata itu di dalam stor kayu berhampiran rumah suspek.

“Hasil pemeriksaan polis menjumpai selaras senapang patah buatan sendiri, 61 kotak peluru hidup pelbagai jenis, sepucuk pistol angin dan 10 batang besi yang diubah suai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Wan Mohd Zahari, komponen senapang berkenaan terdiri dari besi paip dan akan dimasukkan peluru hidup sebelum berfungsi seperti senapang patah.

“Pegawai dan anggota serbuan telah membuat tangkapas dan rampasan barang- barang tersebut dihantar ke Unit Persenjataan  Ibupejabat Polis Kontijen Pahang untuk dianalisa,” katanya. – MalaysiaGazette