Home Sukan FIFA Best: Robert Lewandowski menang lagi

FIFA Best: Robert Lewandowski menang lagi

Robert Lewandowski Foto Sporting News.

LONDON – Penyerang Robert Lewandowski sekali lagi berjaya menewaskan Lionel Messi dalam anugerah Pemain Terbaik FIFA 2021 yang merupakan gelaran kedua berturut-turut diraih Lewandowski dalam FIFA Best.

Lewandowski menjadi pemenang selepas menewaskan Lionel Messi dan Mohamed Salah sebagai tiga calon terbaik kali ini.
Sebelum ini Lewandowski tewas di tangan Messi dalam perebutan Ballon D’or.
Musim lalu, penyerang Bayern Munich dan Poland itu menewaskan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk anugerah tersebut.

Messi dianggap calon pilihan,  selain daripada Lewandowski selepas berjaya membantu Argentina memenangi Copa America sebelum ini.

Penyerang Bayern itu berjaya menjaringkan 51 gol dalam 45 perlawanan untuk kelab dan negara sepanjang 2021 selepas membantu Bayern memenangi Piala Dunia Kelab FIFA pada Februari 2021 serta memenangi gelaran Bundesliga pada tahun yang sama.

Selain itu, Lewandowski juga memegang rekod sepanjang zaman Bundesliga dengan menjaringkan 41 gol dalam 29 perlawanan.

Bekas penyerang Borussia Dortmund itu melepasi rekod Gerd Muller, iaitu 40 gol dalam 34 perlawanan yang dicatatkan pada musim 1971/72.

Sementara untuk penjaga gol terbaik, Edouard Mendy berjaya menyingkirkan Donnarumma.

Namun agak malang bagi Salah dan Mendy kerana kedua duanya gagal dalam senarai FIFPPRO XI yang diundi dari kalangan pemain profesional. – (https://www.eurosport.com/football/robert-lewandowski-beats-lionel-messi-to-best-fifa-mens-player-award_sto8717611/story.shtml)