Abu Dhabi, UAE – Gabungan pimpinan Arab Saudi di Yaman melancarkan serangan udara ke atas ibu kota Yaman pada hari Isnin, sejurus selepas pemberontak Houthi yang disokong Iran mengaku bertanggungjawab atas serangan dron di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Sebagai tindak balas kepada ancaman dan keperluan ketenteraan, serangan udara bermula di Sana’a.
“Serangan ganas ke atas UAE adalah tindakan permusuhan. Houthi mensasarkan orang awam di kerajaan dan UAE menyifatkan jenayah perang perlu dipertanggungjawabkan oleh pelakunya mesti bertanggungjawab,” kata Al-Ekhbariya menerusi Twitter.
Serangan dron berhampiran lapangan terbang Abu Dhabi membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dan mencetuskan beberapa letupan di ibu negara UAE.
Seorang warga Pakistan dan dua warga India terbunuh, kata agensi berita rasmi UAE WAM.
Lapan yang lain cedera, termasuk dua pekerja lapangan terbang dan enam orang di lokasi letupan lain, kata polis Abu Dhabi dalam satu kenyataan di Facebook.
Jurucakap pemberontak Houthi, mengaku bertanggungjawab atas serangan itu memberi amaran: “UAE adalah negara yang tidak selamat selagi peningkatan agresifnya terhadap Yaman berterusan.”
“Lima peluru berpandu balistik dan sejumlah besar dron digunakan dalam operasi yang digelar sebagai ‘Operasi Taufan Yaman’ menyasarkan lapangan terbang Dubai dan Abu Dhabi, kilang penapisan minyak Musaffah di Abu Dhabi dan beberapa tapak dan kemudahan yang penting dan sensitif,” kata jurucakap Houthi, Brigedier Jeneral Yahya Saree bercakap menerusi i saluran TV Al Masirah milik Houthi Isnin.
Saree memberi amaran kepada syarikat asing, rakyat dan penduduk UAE untuk menjauhi tapak penting, dengan mengatakan mereka juga memperbaharui amaran mereka kepada “negara pencerobohan bahawa mereka akan menerima tamparan yang lebih menyakitkan.
Beberapa minit selepas Houthi mengaku bertanggungjawab, serangan udara gabungan pimpinan Arab Saudi dilancarkan.
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 11 cedera, menurut Al-Masirah, sebuah media yang dikendalikan oleh pemberontak Houthi yang mengawal ibu kota Yaman.
Pasukan mencari dan menyelamat sedang mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan yang musnah, lapor Al-Masirah.
Media kendalian kerajaan Houthi juga melaporkanlebih daripada 24 serangan udara dilancarkan oleh pakatan pimpinan Arab Saudi dalam tempoh 24 jam yang lalu di pelbagai kawasan di Yaman, menyebabkan kerosakan material yang besar. (https://edition.cnn.com/2022/01/17/middleeast/uae-abu-dhabi-explosion-drone-houthi-intl/index.html)