Home Nasional Mahkamah Persekutuan benar Laporan Ketua Audit Negara diguna dalam rayuan Taman Rimba...

Mahkamah Persekutuan benar Laporan Ketua Audit Negara diguna dalam rayuan Taman Rimba Kiara

pegawai SB memfailkan saman fitnah menerusi peguamnya M Manoharan pada 23 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas diplomat dan pengarah Bukit Aman

PUTRAJAYA – Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dibenarkan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 2 dan tambahan Rancangan Bandaraya Kuala Lumpur dalam rayuan yang dikemukakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan empat yang lain untuk mengembalikan semula cadangan perintah pembangunan projek Taman Rimba Kiara.

Ia berikutan keputusan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Datuk Nallini Pathmanathan dalam memutuskan dokumen yang diminta oleh penduduk TTDI adalah dokumen awam di bawah Akta Keterangan dan boleh diterima.

Bagaimanapun, beliau berkata, isu mengenai kerelevanan dokumen itu akan ditangani pada pendengaran rayuan itu.

Beliau juga berkata, peguam yang mewakili pihak-pihak dalam rayuan itu bebas untuk menyangkal dokumen berkenaan.

Hakim Nallini yang bersidang bersama Hakim Puan Sri Zaleha Yusof dan Hakim Datuk Rhodzariah Bujang, berkata dokumen itu dimasukkan dalam rekod rayuan dan oleh itu penduduk tidak perlu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi mengemukakan dokumen tersebut sebagai bukti baharu dalam rayuan tersebut. – Bernama