Home Dunia Jerman lepasi 100,000 kes harian Covid-19 buat kali pertama

Jerman lepasi 100,000 kes harian Covid-19 buat kali pertama

Orang ramai menunggu giliran untuk divaksinasi di sebuah pusat vaksin di Berlin, Jerman. foto Reuters

BERLIN – Jerman melaporkan 112,323 kes koronavirus pada hari Rabu, rekod tertinggi harian yang baharu.

Menteri Kesihatan Karl Lauterbach berkata, negara ini masih belum mencapai kemuncak kes Covid-19, lantaran itu vaksinasi wajib diperkenalkan pada bulan Mei.

Jumlah jangkitan COVID-19 di Jerman kini berjumlah 8,186,850, kata Institut Robert Koch (RKI).

Jumlah kematian juga meningkat sebanyak 239 pada hari Rabu kepada 116,081.

Lauterbach menjangkakan gelombang itu akan memuncak dalam beberapa minggu lagi kerana varian Omicron yang cepat berjangkit menjadikan kadar jangkitan tujuh hari Jerman kepada 584.4 kes bagi setiap 100,000 orang.

“Saya berpendapat kita akan mencapai kemuncak gelombang pada pertengahan Februari dan kemudian jumlah kes boleh turun semula, tetapi kita belum mencapai puncak lagi,” kata Lauterbach kepada penyiar RTL.

Beliau percaya jumlah kes tidak dilaporkan semasa mungkin sekitar dua kali lebih besar daripada angka yang diketahui.

Sehubungan itu, tegasnya, vaksinasi wajib perlu diperkenalkan dengan cepat, pada April atau Mei, untuk mengelakkan gelombang jangkitan lain dengan kemungkinan varian baharu pada musim luruh. (https://www.reuters.com/world/europe/germany-surpasses-100000-daily-covid-19-cases-first-time-2022-01-19/)