KUALA LUMPUR – Pemimpin negara mahu pun politik yang beragama Islam tidak perlu memaksakan diri untuk hadir meraikan upacara keagamaan bukan Islam.
Sebaliknya, cukuplah mereka menghormati sahaja upacara itu bukan mengganggu atau melibatkan diri dalam perayaan berkenaan.
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr. Ab. Aziz Jamaludin Tahir berkata, majoriti ulama empat mazhab sememangnya sepakat mengharamkan umat Islam ikut serta dalam merayakan majlis keagamaan bukan Islam.
“Rasulullah SAW telah menyatakan, menyerupai atau meniru-niru amalan khusus suatu kaum menyebabkan seseorang itu tergolong ke dalam golongan kaum yang ditiru amalanya itu.
“Dari Ibnu Umar RA, beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (HR. Abu Daud).
“Oleh itu, haram bagi kaum Muslimin meniru bukan Islam dalam amalan khusus agama mereka,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kehadiran mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis sambutan Thaipusam beberapa hari lalu yang menerima kecaman dari netizen serta beberapa tokoh agama.
Hari Thaipusam adalah perayaan berbentuk ibadah yang disambut oleh penganut Hindu bagi menghormati dewa Murugan atau juga dikenali sebagai dewa Subramaniam.
Oleh itu, menurut Ab. Aziz, penyertaan seseorang Muslim dalam upacara keagamaan bagi bukan Islam seperti sambutan Thaipusam sangat bertentangan dengan ajaran Islam.
Katanya, dalam Islam, toleransi yang baik itu hendaklah selari dengan syariat agama, bukan melanggar dan menukarnya dengan akidah batil.
“Umat Islam adalah umat moderat (pertengahan). Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) sebagai umat moderat (pertengahan) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (QS. Al-Baqarah: 143).
“Kesimpulannya, toleransi itu harus bersifat moderat yang terletak antara ifroth dan tafrith. Ini bermakna sifat toleransi umat Islam terhadap bukan Islam hendaklah tidak melampaui batas agama dan tidak juga mengurangi batas Islam.
“Setiap perbuatan Muslim itu hendaklah sentiasa selari dan mengikut tuntutan syariat Islam,” katanya. – MalaysiaGazette
najib memang mewajibkan diri ke batu cave setiap tahun sejak kerusi PM…PERNAH DINASIHATI HARUNSANI….sebab itu terikut2 remaja meLAYU SIBUK BERSIHKAN KUIL HINDU yang penuh berhala seolah2 menyukai kerja2 syirik….termasuklah mereka yang hadirkan diri masa puja Budha yang diselitkan kereta berhias bawa BERHALA