MEXICO CITY – Sekurang-kurangnya 21 kanak-kanak dan lima orang dewasa meninggal dunia di sekolah rendah yang runtuh di Mexico City semasa gempa Selasa lalu.
Gempa bumi kuat dengan 7.1 magnitud membunuh sekurang-kurangnya 223 orang dan menyebabkan kerosakan besar di Mexico.
Pencarian untuk mencari mangsa yang selamat dan berada di bawah runtuhan sedang dipergiatkan.
Berpuluh-puluh bangunan dilaporkan runtuh di seluruh Mexico.
Orang ramai termasuk kanak-kanak dilihat tidur di sepanjang jalan di luar kawasan rumah mereka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Presiden Enrique Peña Nieto mengisytiharkan hari berkabung selama tiga hari berikutan bencana alam itu. – MalaysiaGazette