WELLINGTON – Gempa dengan 6.4 magnitud melanda berhampiran negara pulau Pasifik di Vanuatu hari ini.
Tiada amaran tsunami atau sebarang laporan kerosakan dilaporkan berlaku.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa itu melanda sekitar 143 kilometer (tenggara) dari ibu kota Port Vila di 7.09 pagi waktu tempatan (2009 GMT Rabu) pada kedalaman 200 kilometer.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii pula berkata tidak ada ancaman tsunami akibat gempa itu.
Jurucakap Pejabat Pengurusan Bencana Kebangsaan Vanuatu berkata, tidak ada laporan mengenai kerosakan segera.
Vanuatu adalah sebahagian daripada “Ring of Fire”, suatu zon aktiviti tektonik di sekitar Pasifik yang sering tertakluk kepada gempa bumi dan letusan gunung berapi. – MalaysiaGazette