Home Utama Mahkamah Tinggi arah Zahid bela diri

Mahkamah Tinggi arah Zahid bela diri

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir mendengar keputusan akhir pendakwaan bagi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram yang melibatkan Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 24 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diperintahkan membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi oleh Mahkamah Tinggi pagi ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.

Collin ketika membacakan keputusan berkata, mahkamah telah membuat pernilaian maksimum berdasarkan bukti-bukti yang telah dikemukakan sepanjang perbicaraan itu.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran manakala pasukan pembelaan terdiri daripada peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh.

Ahmad Zahid kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan dan memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.- MalaysiaGazette

BERITA LANJUT MENYUSUL..

ARTIKEL BERKAITAN:

Zahid bela diri atau bebas?