Home Nasional Kenderaan bawa PM tiba di IJN

Kenderaan bawa PM tiba di IJN

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Institut Jantung Negara (IJN) untuk melawat Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 24 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Kenderaan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tiba di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 5.11 petang.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan kedatangannya untuk menziarahi Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atau bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kenderaan rasmi itu kemudiannya meninggalkan IJN pada 6.06 petang.

YDPA menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Wad Diraja IJN selama beberapa hari bermula Sabtu lalu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan itu berhubung dengan rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali yang dijalani oleh YDPA pada September lalu.

Turut dirawat di IJN iaitu di Unit Rawatan Koronari (CCU), Dr M yang juga Ahli Parlimen Langkawi.

Beliau dirawat di pusat perubatan tersebut sejak dua hari lalu, susulan lanjutan prosedur elektif yang dilaksanakan pada 8 Januari lalu kini berada dalam keadaan stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut. – MalaysiaGazette