Home Akhbar Cina Gabungan baharu di Johor?

Gabungan baharu di Johor?

BENDERA JOHOR
Bendera Negeri Johor. Foto MOHD ADZLAN, 25 JANUARI 2022.

JOHOR BAHRU – Demi menghadapi UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Johor, sesetengah pihak mula mengemukakan kemungkinan pembentukan gabungan politik baharu yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Pejuang dan juga MUDA.

China Press melaporkan, susulan pengumuman UMNO bahawa BN akan bertanding secara “solo” dan menolak kerjasama dengan parti lain, maka sudah timbul usul untuk menggabungkan parti-parti pembangkang untuk menghadapi UMNO.

Keempat-empat parti telah dihubungi mengenai cadangan itu dan mereka juga bersikap “terbuka” mengenai kemungkinan itu.

Menurut laporan, perbincangan semeja juga mungkin diadakan sekiranya empat parti tersebut bersetuju untuk mendalami isu kerjasama.

Sumber dari Bersatu berkata, pemimpin Amanah bersikap terbuka mengenai kemungkinan tersebut dan akan menyampaikan mesej berkenaan kepada dua anggota PH yang lain iaitu PKR dan DAP.

Sumber berkata, walaupun optimis dengan kemungkinan kerjasama untuk mewujudkan keadaan “satu lawan satu” dengan UMNO, tetapi rundingan masih perlu dijalankan untuk menyelesaikan perbezaan yang wujud antara PH, PN, Pejuang dan MUDA.

Sementara itu, Sinchew Daily melaporkan, MCA meletakkan sasaran untuk tidak balik dengan tangan kosong dalam pilihan raya di Johor.

Kejayaan MCA memenangi dua kerusi di Melaka telah menyuntik semangat kepada parti itu untuk mengulang kejayaan seumpama di Johor.

MCA mahu bertanding di 15 “kerusi tradisi”, selain mengintai tambahan kerusi yang ditinggalkan Gerakan.

MCA melihat enam kerusi sebagai berpeluang dimenangi iaitu Pulai Sebatang, Pekan Nanas, Yong Peng, Parit Yaani, Paloh dan Pemanis.

Walau bagaimanapun, MCA belum mendapat lampu hijau untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut memandangkan rundingan masih perlu diadakan dengan UMNO. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Betapa kotornya politik hari ini demi tamak kuasa ph sanggup terima penjenayah besar terhadapnya tenpa fikir dua kali . Tamaknya kamu ph setamak hati anwar ibrahim . Rakyat tiada untung kalau memilih parti yang tamak begini .

    Sekarang ada dua gulungan berbeza. Satu gulungan kliptokrasi dan satu lagi gulungan tamak gila kuasa untok diri sendiri bukan untok rakyat pun . Aku akan pilih selain daripada gulungan dua ini .

    Biarlah ada tiga parti supaya ada pilihan

  2. Biar lah pengundian berjalan masing2 parti pun. Bila keputusan nanti barulan buat gabungan. Tengok dululah berapa yang dapat masing parti itu

Comments are closed.