MEXICO– Wartawan- wartawan Mexico melancarkan protes di seluruh negara untuk mengecam pembunuhan tiga wartawan baru-baru ini.
Mereka menuntut supaya pembunuhan wartawan yang sering berlaku di negara ini dihentikan.
Dua wartawan telah terbunuh dalam tempoh seminggu di bandar sempadan Tijuana.
Pertama, jurugambar jenayah Margarito Martínez yang ditembak mati di luar rumahnya pada 17 Januari, dan pada 23 Januari lalu, wartawan Lourdes Maldonado López juga ditembak mati di dalam keretanya.
Ini menyebakan berpuluh-puluh wartawan, jurugambar dan penyokong berarak di atas jalan raya di Tijuana sambil memegang sepanduk “Hentikan Pembunuhan Wartawan, Bukan Satu Kematian Lagi!”
Mereka turut mempamerkan gambar-gambar wartawan yang dibunuh di bangunan-bangunan sambil melaungkan “Keadilan!” dan “Anda bukan berseorangan!” semasa protes tersebut diadakan.
Mexico kekal sebagai tempat paling berbahaya di Hemisfera Barat untuk wartawan walaupun kerajaan sudah berjanji untuk melindungi mereka. – ABC News (https://abcnews.go.com/International/wireStory/journalists-mexico-protest-killings-year-82465745)