ENGLAND – Manchester United sedang memburu khidmat bintang antarabangsa Brazil, Lucas Lima secara percuma menjelang jendela perpindahan Januari 2018.
Pemain tengah Santos FC itu akan meninggalkan kelab Santos pada Januari ini tanpa klausa pelepasan.
Kontrak Lima bersama Santos akan berakhir pada 31 Disember ini.
Perkara ini disahkan oleh agen pemain berusia 27 tahun itu, Lucas Badia.
Menurutnya, the Red Devils akan dicabar beberapa kelab gergasi Eropah untuk mendapatkan khidmat pemain itu.
Badia berkata Lima berpotensi menyertai kelab Serie A Itali setelah tawaran Crystal Palace ditolak.
Bercakap kepada akhbar Turki, Inter Milan, AS Roma dan Barcelona sedang mengintai rapat perkembangan Lima.
“Manchester United juga secara serius memantau pemain saya.
“Saya berpendapat dia lebih sesuai beraksi dalam Serie A tetapi kita akan tunggu lihat dimana Lima ditakdirkan.
“Kontrak Lima akan berakhir pada 31 Disember ini dan banyak kelab berminat tetapi saya tidak pasti apa yang ada dalam fikirannya,” katanya lagi.
Crystal Palace kelab terkemuka England menawarkan €15 juta manakala Fenerbahce pula membida €20 juta namun ditolak.
Sebelum ini laporan tersebar kononnnya Barcelona telah mengikat pemain itu untuk empat tahun selepas diminta oleh Neymar.
Namun, perjanjian itu gagal dimuktamadkan sebelum Neymar berhijrah ke Paris Saint Germain.
Pemain itu menjaringkan gol tunggal di peringkat antarabangsa untuk Brazil semasa bertemu Argentina dalam aksi kelayakan ke Piala Dunia Russia 2018.
Jose Mourinho sejak dua musim lalu mensasarkan Ivan Perisic dari Inter Milan namun melihat Lima sebagai alternatif terbaik berbanding Perisic yang manyambung kontrak bersama kelab Serie A.- MalaysiaGazette