Home Utama PRN Johor: Mohamad pengarah, Hasni ketua penyelaras

PRN Johor: Mohamad pengarah, Hasni ketua penyelaras

Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor manakala Datuk Hasni Mohammad sebagai Ketua Penyelaras.

Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam.

”Mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memperkukuhkan jentera Barisan Nasional dan bergerak atas lambang BN secara bersama,” katanya.

Mesyuarat itu, katanya membincangkan perkembangan mutakhir dalam negera dan perencanaan tahun 2022.

Selain itu, mesyuarat itu turut menegaskan tejad seluruh pimpinan parti komponen untuk mempertahan dan mengemas kini kedudukan BN yang menjadi wadah politik negara ini. – MalaysiaGazette