TAIPING – Tindakan seorang lelaki warga Myanmar menjual dan miliki rokok seludup mengundang padah apabila dia ditahan polis dalam satu di Pekan Kamunting di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan jam 8 malam di kedai runcit miliknya.
“Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 110 karton rokok seludup pelbagai jenama.
“Hasil soal siasat mendapati premis itu didaftarkan atas nama isterinya, selain suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan dadah.
“Nilai keseluruhan barangan yang dirampas termasuk cukai sekitar adalah kira-kira RM14,500,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Osman, suspek direman selama empat hari hingga 2 Februari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang 10 kali ganda nilai rampasan atau RM100,000 atau penjara tidak lebih dari lima tahun, ujar beliau. – MalaysiaGazette