Home Politik Kerajaan negeri tak goyah, kita tak buat orang marah – MB Kedah

Kerajaan negeri tak goyah, kita tak buat orang marah – MB Kedah

Muhammad Sanusi Md Noor

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini menyifatkan dakwaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO mahu menarik sokongan sebagai khabar angin.

Muhammad Sanusi berkata,  kerajaan negeri di bawah pimpinannya masih berjalan seperti biasa dan tidak goyah.

“Tiada isu timbul setakat ini membabitkan mana-mana ADUN yang mahu menarik sokongan daripada kerajaan negeri.

“Saya hanya tahu mengenai dakwaan tersebut apabila dihubungi wartawan dan saya sifatkan ia sekadar khabar angin yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab.

“Memang tidak ada isu di Kedah dan kita aman ketika ini. Kita tidak ada buat orang marah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pos Aviation dan KLIA College.

Menerusi persefahaman tersebut, POS Aviation dilantik sebagai pengendali akhir (End User) pengendalian kargo udara dan operasi darat di Kedah Aerotropolis.

KXP AirportCity Holdings adalah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang mengendalikan Kedah Aerotropolis.

Tanbah Muhammad Sanusi, beliau sedia berbincang dengan mana-mana pihak berhubung isu yang timbul berkaitan negeri pada bila-bila masa.

Semalam, tular di media sosial berhubung dakwaan dua ADUNUmno dan Perikatan Nasional akan mengumumkan untuk menarik sokongan daripada kerajaan negeri sedia ada. – MalaysiaGazette