KUALA LUMPUR – Stadium Putra di Bukit Jalil kini dikenali sebagai Axiata Arena berikutan kerjasama korporat antara syarikat gergasi telekomunikasi, Kumpulan Axiata Berhad dengan Perbadanan Stadium Malaysia.
Kerjasama selama 10 tahun mulai tahun ini melibatkan tajaan sebanyak RM55 juta, dan majlis penjenamaan semula Stadium Putra disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Menara Axiata, KL Sentral di sini hari ini
Langkah itu juga menjadikan Axiata Arena sebagai tapak mercu tanda pembangunan semula Kompleks Sukan Bukit Jalil yang dijangka siap pada Julai ini, yang akan dikenali sebagai KL Sports City.
— BERNAMA