KUALA LUMPUR – Aktiviti pendakian dalam hutan simpan kekal di Selangor, akan dibuka semula pada 5 Februari depan.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) berkata, pembukaan itu membabitkan 18 hutan simpan kekal di dua daerah iaitu Selangor Tengah dan Hulu Selangor.
Ia membabitkan Gunung Hitam, Bukit Cenuang, Air Terjun Sungai Lepoh, Bukit Saga, Bukit Apek, Bukit Broga, Bukit Kembara, Air Terjun Ulu Perdik, Air Terjun Sungai Pisang, Air Terjun Sofea Jane dan Air Terjun Lubuk Tedung di Selangor Tengah.
“Untuk Hulu Selangor pula membabitkan Gunung Ulu Semangko, Bukit Choroko, Bukit Kutu, Air Terjun Lata Medang, Air Terjun Lata Macau, Air Terjun Setinggi dan Air Terjun Lubuk Kawah.
Jabatan itu berkata, orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti di lokasi terbabit perlu mendapatkan permit memasuki hutan simpan.
Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang http://forestry.selangor.gov.my. – MalaysiaGazette