KUALA LUMPUR – Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) berjaya menjual 93 unit projek Dayana 2 dalam tempoh 25 minit selepas ia diperkenalkan akhir bulan lalu.
Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM41.7 juta, projek fasa pertama Dayana 2 ini terletak di Nilai Impian, Negeri Sembilan.
Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican berkata, pembangunan Dayana 2 membabitkan satu kajian yang terperinci bagi mensasarkan pelanggan dan permintaan masa depan.
Dayana 2 adalah kediaman berangkai dua tingkat direka dengan konsep terbuka.
Dengan bukaan keluasan 1,764 kaki persegi hingga 1,846 kaki persegi, Dayana 2 yang mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik mandi ditawarkan pada harga bermula RM517,888. – MalaysiaGazette