KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan produk pembiayaan peribadi-i Al- Yaseer dengan kelebihan kadar terapung kepada pelanggan-pelanggan baharu berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.
Al- Yaseer ini sejajar dengan keperluan perniagaan CBP yang dapat menembusi pasaran yang lebih luas setanding dengan institusi perbankan lain dengan kadar keuntungan yang digunakan bagi produk terbaharu CBP ini adalah berdasarkan Kadar Keuntungan Terapung yang lebih kompetitif.
Ansuran bulanan pelanggan juga akan berubah berdasarkan kepada Kadar Keuntungan Terapung.
Menurutnya, produk ini ditawarkan kepada pelanggan baharu sahaja.
”Dengan kaedah permohonan yang mudah serta kelulusan yang pantas bagi pembiayaan peribadi-i Al Yaseer CBP ini, ternyata ianya amat memberi kelebihan kepada pelanggan CBP disamping produk pembiayaan peribadi-i Lestari yang menawarkan kadar keuntungan berkadar tetap,” katanya. – MalaysiaGazette