Home Utama Jika apa-apa berlaku di Kedah, jangan salahkan saya – Mohamad Hasan

Jika apa-apa berlaku di Kedah, jangan salahkan saya – Mohamad Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap kepada media selepas Majlis Tahun Baru Cina 2022 Parti MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 01 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Sebarang kemungkinan boleh berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal mengambil tempat tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini termasuk PRN Kedah yang sedang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

“Saya tidak tahu situasi di Kedah, saya cuma di ibu pejabat.

“Jika ada berlaku apa-apa di Kedah jangan salahkan saya. Tapi buat masa ini saya tidak dengar apa-apa cerita,” katanya kepada media selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA, hari ini.

Turut hadir Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang enggan memberikan sebarang komen kepada media.

Menjelaskan perkara itu, Mohamad berkata, BN berpendirian tidak ada keperluan untuk diadakan PRN di Kedah.

“Kita jangan main dengan PRN, ini bukan perkara yang sahaja-sahaja kita boleh buat melainkan ada keperluan untuk kita mengadakan pilihan raya.

“Saya tidak nampak ada keperluan untuk berbuat demikian, PRN Melaka bukan kita yang buat, PRN disebabkan oleh empat ADUN keluar dari berikan sokongan maka BN kehilangan majoriti jadi mahu atau tidak terpaksa dibubarkan DUN,” katanya.

Dua hari lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan dakwaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan susulan penarikan sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap kepimpinannya hanya khabar angin.

Malah ada laporan media sebelum ini melaporkan bahawa ‘kem UMNO’ yang diketuai Ahmad Zahid sedang merancang sekurang-kurangnya tiga lagi PRN dengan harapan dapat mengembalikan semula pengaruh kuat di DUN sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Kemaruk undi expats menguntungkan ekonomi penjajah Inggeris padahnya menang sorak kampung tergadai di Singapore dan Penang.

Comments are closed.