LONDON – Jet pejuang Tentera DiRaja British ‘memintas dan mengiringi’ empat pesawat tentera Rusia keluar dari pesisir pantai Scotland, menurut kenyataan angkatan tentera.
Tentera Udara DiRaja berkata, pesawat pejuang Typhoon berlepas dari Moray, Scotland disertai pesawat tangki bahan bakar udara-ke-udara, Voyager, dari Oxfordshire, England, menurut kenyataan Tentera Udara DiRaja.
“Jenis pesawat Rusia ialah dua pesawat TU-95 Bear H dan dua pesawat TU-142 Bear F.
“Pesawat Typhoon kami mengiringi pesawat Rusia keluar daripada kawasan berkepentingan United Kingdom (UK). Tiada sebarang masa pesawat pengebom Rusia memasuki ruang udara,” katanya dalam kenyataan seperti dipetik agensi berita, Anadolu.
Operasi berlaku ketika ketegangan memuncak antara Rusia dan kuasa barat berikutan peningkatan kehadiran tentera Rusia di sepanjang sempadan Rusia.
Pada Rabu lalu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melahirkan kekhuatiran terhadap ‘aktiviti permusuhan terkini’ di sempadan Ukraine menerusi perbualan telefon dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
johnson menggesa satu kaedah dicari bagi menghormati sempadan dan hak mempertahankan diri Ukraine, menurut jurucakap Downing Street. – Agensi
https://www.aa.com.tr/en/europe/uk-jets-intercept-escort-4-russian-aircraft-near-scotland/2492049